Translate

Thursday 17 January 2013

Harapan.

Mungkin aku memang tak dilahirkan sebagai di antara golongan yang bijak pandai or cerdik or berjaya menjadi seseorang yang dikagumi seperti doktor , peguam , arkitek , akauntan mahupun seleberiti - seleberiti terkenal seperti pembaca berita  , pengacara tv ,deejay radio ataupun paling busuk pembaca kaji cuaca. Aku juga tak dilahir dengan bakat - bakat besar seperti menyanyi , bersukan , melukis ataupun memasak makanan yang sedap mahupun melakukan aktiviti - aktiviti kreatif. Dari segi fizikal pun aku bukanlah dikategori wajah - wajah kegilaan ataupun mempunyai susuk tubuh badan seperti model-model terkenal yang mana kalau berjalan dengan hanya memakai baju tidur pun orang pandang tak berkelip. Kaya raya?Ada nama? memang tak lah.jalan pun org tak pandang. Aku memang serba kekurangan. Sangat kecil dibandingkan yang lain. Tiada apa yang hendak dibanggakan. Melainkan aku kreatif dan berbakat mencipta impian dan angan-angan yang hampir kesemuanya hanya tinggal sekadar angan-angan.Kasihan!

Sedih memang sedih.Rasa rendah diri yang semakin tinggi.Kadang-kadang aku bertanya sendiri "kenapa aku tak mcm mereka...." tetapi hati suci ku selalu berbisik memujuk " Setiap ciptaan TUHAN ada kebaikan ada kelemahannya dan DIA adalah sebaik - baik pencipta".Tenang x dengar?giler kau tak tenang.Memang itu qada' dan qadar'.

Aku memang sentiasa redha dan bersyukur kerana aku masih diberi kehidupan yang baik , keluarga yang bahagia , merasai sekecil-kecil kejayaan dari lansung takde apa-apa. kerana aku pasti ALLAH tak beri segala yang aku inginkan , idamkan , impikan kerana mungkin aku tidak mampu mengalasnya nanti. Supaya aku tidak lupa diri bila ada nama,tidak sombong ,bongkak ,lupa diri , Supaya aku tidak melupakan amal ibadat ku apabila aku menjadi orang yang bekerjaya ataupun aku akan jadi anak yang derhaka kerana tidak ammpu menjaga orang tua ku. Dan mungkin Allah tak beri kecantikan yang digilai ramai supaya aku tidak terlalu mendedahkan auratku ataupun hanyut dengan cinta-cinta manusia yang mengagumi kecantikan aku.Mungkin!dan ALLAH mahu aku mengabdikan cintaku hanya padaNYA.InsyAllah.

Disebalik rasa rendah diri , aku panjatkan kesyukuran sekurang-kurangnya aku masih diberi kesedaran tentang apa yang aku dan kenapa aku tak peroleh.Alhamdulilah.

Aku insan lemah.Suka menonton bersamamu.

No comments:

Post a Comment